Beberapa macam tipe Kaca

Beberapa macam tipe Kaca
Beberapa macam tipe Kaca - Kalian pasti sudah taukan kaca ?? kaca rumah kaca jendela dan lain lain ... nah kali ini saya akan share beberapa macam tipe kaca, sebelum beberapa macam, saya jelaskan dulu sejarah dan asal muasal kaca.

Kaca merupakan bahan lutsinar, kuat, tahan hakis, lengai, dan secara biologi merupakan bahan yang tidak aktif, yang boleh dibentuk menjadi permukaan yang tahan dan licin. Ciri-ciri ini menjadikan kaca sebagai bahan yang sangat berguna. Komponen utama kaca ialah silika. Silika ialah galian yang mengandungi silikon dioksida. Nama IUPAC silikon dioksida ialah silikon(IV) oksida. Silika wujud secara semulajadi dalam pasir.Kaca merupakan bahan pejal sekata, biasanya terbentuk apabila bahan cair tidak berkristal disejukkan dengan cepat, dengan itu tidak memberikan cukup masa untuk jaringan kekisi kristal biasa terbentuk.

1. Kaca apung
90% daripada kaca nipis diperbuat dengan menggunakan proses kaca terapung yang dicipta oleh Sir Alastair Pilkington dari Pilkington Glass, di mana kaca cair dituang ke atas timah cair. Kaca tersebut terapung dipermukaan timah, tersebar ke semua arah. Kaca tersebut perlahan-lahan mengeras ketika ia mengembang di atas timah cair, sebelum ditarik keluar daripada rendaman timah dalam bentuk ribon dan kemudiannya disepuh dengan menggunakan api, menghasilkan permukaan rata yang hampir sempurna.

2. Kaca waja

Kaca waja diperbuat daripada kaca biasa yang ditempa melalui proses pewajaan haba "thermal tempering". Kaca dipotong kepada saiz diperlukan dan sebarang proses diperlukan seperti melicinkan tepi atau menebuk lubang pada kaca) dilakukan sebelum proses pewajaan dilakukan. Kaca tersebut kemudiannya diletakkan di atas meja golek, dan disalurkan melalui tempat pembakar yang mempunyai suhu titik pewajaan kaca yang mencecah sehingga 600 Selsius. Kaca tersebut kemudiannya disejukkan secara mengejut dengan tiupan udara. Penyejukan mengejut ini mendorong tekanan pemampatan pada permukaan kaca diimbangi oleh tekanan dalam kaca. Seolah-olah satu salutan tegang kaca terbentuk pada permukaan kaca. Pola penyejukkan ini boleh dilihat dengan memerhati kaca di bawah cahaya berkutub. Kaca waja dianggarkan enam kali lebih kuat berbanding kaca biasa.
Bagaimanapun, kekuatan ini datang dengan kekurangannya. Disebabkan keseimbangan tekanan pada kaca, sebarang kecacatan pada bahagian tepi kaca akan menyebabkan kaca berkecai kepada saiz ibu jari. Ini adalah sebab utama kaca perlu dipotong kepada saiz yang dikehendaki sebelum ditempa dan tidak boleh diubah lagi setelah ditempa. Selain daripada itu, permukaan kaca tempa tidak sekuat kaca biasa dan mudah bercalar berbanding kaca biasa.
Kaca tempa biasanya digunakan dalam pemasangan tanpa bingkai seperti pintu kaca dan dalam penggunaan menyokong struktur "structurally loaded".
Kaca waja dianggap kaca keselamatan disebabkan peningkatan kekuatannya dan kecenderongannya untuk berkecai pada saiz yang kecil yang tidak tajam, oleh itu kurang berbahaya sekiranya pecah.

3. Kaca lapis

Kaca lapis dibuat dengan melekatkan dua atau lebih lapisan kaca biasa dengan lapisan plastik antaranya, biasanya polyvinyl butyral (PVB). PVB diisi diantara lapisan kaca sebelum dipanaskan sehingga 70 Selsius dan dilalukan di atas penggolek bagi menyingkirkan sebarang gelembung udara dan membentuk lekatan pertama.
Lapisan PVB pada kaca juga meningkatkan kemampuan menebat bunyi, disebabkan kesan serapan, dan juga menghalang 99% daripada cahaya lampau ungu (UV).
Kaca lapis biasanya digunakan apabila terdapat kemungkinan hentaman manusia atau apabila kaca boleh jatuh jika pecah. Cermin tingkap kedai biasanya menggunakan kaca lapis.
Kaca lapis dianggap kaca keselamatan disebabkan keupayaannya untuk melekat dan tidak berkecai walaupun telah pecah.

Sumber : wikipedia

More Article :



Posted by | 12:37 PM
Beberapa macam tipe Kaca - Kalian pasti sudah taukan kaca ?? kaca rumah kaca jendela dan lain lain ... nah kali ini saya akan share bebe...
Label:

0 komentar:

Post a Comment

Jika ingin menyampaikan sesuatu, bisa langsung isi disini.

Quote for Today:

Hidupmu akan lebih baik ketika kamu berhenti membandingkan dirimu dengan org lain, karna yg harus kamu bandingkan adalah dirimu yg lalu dengan dirimu saat ini.